Sistem Ternakan Kolam Tanah yang kami gunakan merupakan bidang bioteknologi baru berkonsep Natural Farming. Ia bukan sahaja mengekalkan habitat asal lintah malah tidak mengganggu ekosistem alam semula jadi. Kawasan yang dipilih adalah kawasan tanah terbiar dan berpaya. Sistem yang digunakan adalah kolam terapung bagi mengelakkan banjir.
Sebagai permulaan kami akan membina 10 buah kolam dengan kos yang paling minima.Adalah dianggarkan dalam masa 6 bulan kami dapat menghasilkan pulangan yang memuaskan.
Buat masa sekarang kami menggunakan lintah baka tempatan yang dikumpulkan daripada paya dan sawah. Bagi anak lintah bersaiz 2 inci kami membelinya dengan harga 60 sen seekor. Bagi anak lintah yang baru menetas kami akan membelinya dengan harga 10 sen seekor.
Syarikat kami berhasrat untuk menjadi pengumpul lintah bagi pantai timur. Sesiapa yang berminat untuk bekerjasama dengan kami bolehlah berhubung dengan saya 0139875977 (Muhamad Muda)
No comments:
Post a Comment