Saya sebagai Pengerusi JKKK Kampong Tambak Baru Wakaf Tapai memohon kerajaan membangunkan segera Pekan Wakaf Tapai sebagai Pusat Pertumbuhan Desa dengan membangunkan infrastruktur setaraf dengan bandar-badar baru yang dibangunkan oleh kerajaan. Ini kerana kawasan Wakaf Tapai sangat strategik kedudukannya. Ia berada ditengah-tengah Parlimen Marang. Ia juga berada ditengah-tengah antara Bandar Marang Hulu Terengganu. Juga diantara Kuala Terengganu dan Kuala Berang. Kami penduduk Wakaf Tapai mencadangkan supaya sebuah dewan yang boleh memuatkan seramai 2000 orang dibina disini. Dewan yang dicadangkan ini lebih kurang macam dewan besar Wisma Darul Iman. Saya dapati di Negeri Terengganu tidak banyak kemudahan dewan yang besar-besar bagi mengadakan seminar dan mesyuarat agong UMNO umpamanya. Jadi jika ada kemudahan dewan itu boleh diadakan berbagai aktiviti yang sesuai dengannya. Dewan yang dicadangkan ini sekurang-kurangnya berharga RM 10 - 20 juta lengkap dengan segala bentuk kemudahan.Canggih lah kata orang. Dewan ini jika dibina hendaklah dijaga oleh Pegawai Daerah. selain daripada itu dicadangkan juga sebuah perpustakaan Desa dan infrastruktur jalan dan longkang yang sempurna. Saya percaya jika pembangunan ini dilaksanakan imej DUN Penkalan Berangan yang dipimpin oleh YB Yahya Khatib akan terus gemilang dan terbilang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment