Tuesday, May 20, 2008

Keluar UMNO matan PM tidak relevan dalam usaha memulihkan kekuatan parti selepas tsunami PRU12

Kami ahli parti diperinkat akar umbi khususnya UMNO Cawangan Wakaf Tapai berpendapat tindakan matan Perdana Menteri Tun Mahadhir keluar daripada UMNO konongnya untuk memulihkan UMNO amat tidak releven sama sekali, kerana tindakan itu tidak akan memulihkan parti tetapi memberi kesan kepada parti, khususnya suasana politik negara yang amat parah pada hari ini. Tepatutnya Mahadhir tidak memikirkan kepentingan peribadi semata-mata tetapi lebih mengutamakan bangsa dan negara bukan bertindak menghancurkan UMNO. Seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar. Sejarah Hang Tuah telah mengajar kita. Hang Tuah bertindak membunuh Hang Jebat bukan kerana taat kepada raja semata-mata, tetapi kerana Hang Jebat telah bertindak menurut kata hati, kerana dendam dan marah bertindak membunuh orang yang yang tidak berdosa, sehingga merosakkan bangsa dan negara. Baru berkuasa beberapa hari telah bertindak diluar batasan. Ahli UMNO perlu ada jati diri seperti Hang Tuah. Sanggup mengorbangkan sahabat sendiri demi menjaga maruah bangsa dan negara. UMNO mesti diselamatkan walau dengan apa cara sekali pun. Kerana Parti UMNO sahajalah yang akan menjaga ketuanan bangsa dan bumi bertuah ini. Kami ahli parti diperingkat akar umbi berikrar memberi sokongan padu kepada pemimpin parti. Pendek kata biarlah siluncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan....biarkan...biarkan......... padan muka anaknya sendiri Mukrih tak terjun sama

No comments: