Sunday, June 1, 2008

Isu kemasukan Ezam - Serahkan kepada kepimpinan parti

Kemasukan semula Ezam kedalam UMNO Ahli parti perlu menerima dengan positif demi kebaikan UMNO. UMNO bukan parti berdemdam, maka kemasukan semula Ezam dalam parti perlu diterima secara positif sekiranya kemasukan tersebut boleh membawa kebaikan kepada parti. Seperti mana kata presiden parti kemasukan semula Ezam diterima tanpa syarat. Walau pun ada pihak yang mempertikaikanaya kerana bercanggah dengan perlembagaan parti.



Kami ahli parti peringkat akar umbi percaya keputusan presiden parti telah mengambil kira banyak faktor demi kebaikan parti khususnya isu keluar parti oleh Tun Mahadhir. Barisan kepimpinan melalui majlis tertinggi pasti membuat keputusan yang bijak berhubung dengan isu Ezam ini. Dalam menghadapi suasana gawat dalam parti hari ini ahli perlu bertenang dan perlu memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan parti. Bak kata pepatah jangan letak pemimpin parti dalam keadaan serba salah ditelan mati emak diluah mati ayah.






Setiap orang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, kita perlu mengambil sikap buang yang keruh ambil yang jernih. Kalaulah ezam membuat salah dimasa yang lalu kita maafkan dia. Kita tidak boleh berdendam, Allah tidak suka orang yang berdendam. Jika Ezam ikhlas kita serahkan dan tawakal kepada Allah pasti akan membawa kebaikan dunia dan akhirat. Ahli UMNO perlu berfikir secara positif kerana untuk menjadikan UMNO parti yang unggul kita perlu pengorbanan. Pengorbanan perlu ketabahan. Ketabahan perlu keyakinan. Sedangkan keyakinanlah penentu kejayaan. Kita percaya jika prinsip ini dapat dihayati oleh setiap ahli parti UMNO akan tetap unggul sampai bila - bila.

No comments: