Tuesday, May 20, 2008

Mengapa Menternak Lintah

MUNGKIN ramai yang tidak sanggup atau geli-geleman jika disuruh mendapatkan rawatan lintah.

Namun, jika sudah tidak tahan lagi menanggung kesakitan atau sudah puas berubat di sana sini, pasti perasaan geli dibuang ke tepi asalkan penyakit dapat diubati.

Nasha D’Beauty yang menggunakan ‘khidmat’ lintah kerbau bagi mengubati pelbagai jenis penyakit mempunyai ramai pelanggan yang telah pulih daripada penyakit mereka.

Di antara jenis penyakit yang pernah diubatinya menggunakan lintah ialah kencing manis yang telah bernanah, sakit kepala, migrain, gout, darah beku yang tidak keluar, darah tinggi, kanser, resdung, sakit sendi dan sebagainya.

Menurutnya, rawatan tradisional menggunakan lintah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggannya yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India. Rawatan juga boleh dilakukan di rumah pelanggan jika mereka tidak berkemampuan keluar rumah.

Setiap kali rawatan, sebanyak empat atau lima ekor lintah digunakan bergantung kepada tahap penyakit seseorang. Lintah akan dilepaskan pada bahagian yang hendak dirawat. Ia seterusnya akan mencari-cari bahagian yang berdarah kotor dan apabila telah menjumpainya, lintah akan terus diam dan menyedut darah.

Lintah tersebut akan mengeluarkan sejenis lendir yang berguna bagi mencairkan darah beku.

Lintah tidak akan menggigit atau menyedut darah jika bahagian tersebut tidak berdarah kotor. Setiap rawatan mengambil masa selama satu jam dan lintah baru akan digunakan. Pesakit akan berasa seperti gigitan semut semasa lintah menjalankan ‘tugasnya’.
Agak-agaknya adakah doktor bedah di Malaysia sudah menggunakan lintah dalam operasi pembedahan?, kalau belum aku rasa kita telah mengabaikan anugerah Tuhan kepada bumi Malaysia. Mungkin doktor tidak yakin menggunakan lintah dalam rawatan kerana imej negatif rakyat Malaysia tentang lintah, yalah, derma darah selalunya dikaitkan dengan 'menyelamatkan nyawa' dan sifat-sifat ke'hero'an, akan tetapi makhluk yang bergelar lintah ini hidup (menambah populasi) dengan menyedut darah daripada manusia atau makhluk lain yang berdarah. Keadaan menjadi lebih buruk apabila ia sering dikaitkan dengan ilmu santau seperti mana yang dapat ditonton daripada filem-filem seram. Ini adalah pandangan negatif yang perlu kita kikis dalam masyarakat kita. Mungkin kita sebagai pengusaha lintah perlu bersama-sama bersidang dan menghantar surat protes kepada pembikin filem dan masyarakat supaya jangan 'over' dalam mengaitkan lintah dengan apa jua bentuk kengerian.

Seorang lelaki berumur 45 tahun mengalami avulsi (terkoyak dan terputus) pada dua pertiga bahagian atas telinga kanannya. Bahagian yang terkoyak telah disambung semula, tidak lama kemudian pembekuan darah dapat dilihat pada bahagian yang telah disambung semula. Lintah jenis Medicinal (setahu aku cuma terdapat di bahagian Asia tenggara) telah di gunakan untuk merawat masalah pembekuan darah

No comments: